Saturday, June 28, 2008

Destination : MALAYSIA


Salamullah alaikum....Kesejahteraan pada yang mengikut petunjuk

Sedar2 tinggal hampir sebulan masa di bumi tanahair tercinta ini....
Segala-galanya menyentak lamunan ini selepas mendengar taklimat ibubapa bagi rombongan ISMA ke Mesir untuk tahun 2008. Juga dengan khabar beberapa teman yang dulu bersama2 di Ipoh yang menarik diri saat akhir (melanjutkan pelajaran dalam negara...Semoga mereka berjaya dalam bidang masing2 atas keberkatan Allah)

Mengapa? Apakah perasaan ini?
Ada kawan2 yang x sabar2 kerna ingin mencapai impian selama ini... ada yang berasa sedih kerna akan berpisah dalam tempoh yang lama dengan keluarga masing2 buat pertama kali...ade yang gembira dan macam2 perasaan masing2....hehe
Mungkin ada yang berpendapat terlalu awal untuk menceritakan hal ini dek kerana bulan Ogos nanti baru bertolak
(jika tiada halangan..InsyaAllah)...

Cukuplah kita sama2 merenung beberapa mutiara Islam yang Agung ini dan kita sendirilah yang cari jawapannya....

Kaedah Ulama Islam yang terkenal:
"Lemah selepas bersungguh2 adalah kerana permulaan yang tidak baik"
Firman Allah taala dalam Surah al-Taubah:122:
"Tidak patut bagi orang beriman keluar semuanya, Mengapa tiada sebahagian di antara tiap2 golongan mereka sekelompok yang pergi mendalami urusan Agama supaya mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila sudah kembali nanti agar kaumnya itu mengambil peringatan dan berwaspada"
Kata2 Saidina Ali r.a:
"Islam akan lompong dengan matinya seorang ulama', lompong itu hanya akan diisi oleh ulama' yang menggantinya"
Kata2 Imam Hasan al-Banna ketika kanak2:
"Tidaklah patut seorang alim melakukan perkara harus kerana dikhuatiri orang ramai akan melakukan perkara haram"
Sabda Rasulullah s.a.w riwayat Tirmizi:
"Ulama' itu pewaris Nabi. Para Nabi tidak meninggalkan dinar atau dirham tetapi hanyalah Ilmu, maka barangsiapa yang mengambil ilmu tersebut bererti mendapat warisan Nabi yang besar"
Kata2 Umar al-Khattab r.a:
"Aku tidak takut doaku tidak dimakbulkan tapi aku amat takut tidak diberi taufik untuk terus berdoa"
Pesanan Akh Afendi kepada Imam Hasan al-Banna ketika remaja:
"Seorang akh yang baik akan meninggalkan kesan yang baik pada persekitarannya"

Kalau nak ditulis satu persatu mutiara2 Agung ini tak habis.....so, harap2 dari awal lagi sebelum ke Mesir kita sama2 renung-renungkan. Bak kata orang2 tua kita, alang2 menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Kesudahan itu bagi orang2 yang Bertakwa.

1 comment:

Edward Ott said...

Assalam Alaikum, Hope that you have a great Ramadan