Sunday, October 26, 2008

Segalanya itu ada Permulaan

Salam dari hati.... buat semua teman yang bernaung di bawah kalimah Toyyibah.
Sudah menjadi suatu sunnah alam ini bahwa segalanya2 itu ada permulaan. Lebih2 bagi manusia mereka juga ada permulaan dan pengakhiran. Namun, yang menjadi satu tanda tanya, bagaimana kita pada sesuatu permulaan....
Untuk hati2 yang hidup, aku coretkan sedikit pesan2 spirit untuk permulaan kita...tak kira samada yang bakal memulakan kuliah, kehidupan baru, dakwah atau dalam keadaan apa sekalipun.

"Peganglah dengan teguh dalam memelihara himmah, kerana memelihara himmah itu mukadimah segala perkara"
(Abu Qayyim al-Junaid)
Pernah kita dengar tentang himmah? Himmah itu satu cita2, keinginan, kemahuan dan keghairahan. Ulama' dari zaman salaf hinggalah kepada ulama2 yang berjaya menggerakkan hati dan perasaan manusia sangat2 prihatin dan bersungguh agar himmah itu sentiasa terbakar dan menyala2.

Kalau kita lihat sebentar kepada AC MILAN misalnya, apakah mampu mereka merangkul sesuatu kejuaraan sekiranya pemain2 mereka tidak memiliki kemahuan untuk menang? Sudah pasti tidak! Kerana dalam bola sepak pun ada PASSIONATE.
Cubalah kita bayangkan, suatu hari kita lapar dan mahu makan semangkuk maggi tom yam yang enak. Bolehkah kita menikmatinya dengan sekadar...Aku nak makan maggi....tapi tidak berbuat apa2? Sudah semestinya, untuk merasai kelazatan maggi itu, kita perlu membelinya, memasak air, menyediakan mangkuk, merendam maggi dan menggaulkannya....

Benarlah Firman Allah dalam surah Taubah ayat46:
"Sekiranya mereka ini MAHU untuk keluar, nescaya mereka akan membuat persiapan. Tetapi Allah tidak menyukai pemergian mereka maka dia melemahkan KEINGINAN mereka. Lalu dikatakan pada mereka, Pergilah duduk bersama2 orang yang duduk"

cIRI2 Himmah yang Menjulang2:
1. Berhasil mencapai cita2 dan merealisasikannya
2. Melihat tempat permulaan dgn penuh kepercayaan, kekuatan dan bersungguh2 mencapainya atas ilmu dan kejelasan tak kira apa rintangannya
3. Tidak berkurang sedikit pun azamnya
4. Bergerak bersama dunia dengan sentiasa tidak lupa pada Ar-Rahman
5. Tidak terkesan dengan orang lain kerana jalan orang2 yang Hebat sangat sedikat orangnya
6. Tidak redha pada urusan remeh temeh kecuali pada urusan2 yang tinggi

Namun, sudah pasti ada sebab2 boleh terjadinya hilang dan lemah himmah:
1. terlalu lalai dengan hal yang remeh
2. rasa terlalu lemah dan malas
3. terlalu sibuk dengan urusan dunia
4. tenggelam dalam perkara2 HARUS
5. bermula dengan tujuan yang tidak jelas

Bagaimanakah cara yang terbaik utk mencapai himmah?
1. Mempunyai ilmu dan jelas akan perkara itu
2.Perbanyakkan mengingati mati
3. Berkawan dengan orang yang mempunyai himmah yang tinggi
4. bersegera dalam melakukan suatu perkara
5. Inginkan akhirat dan menjadikannya matlamat yang satu
6. sentiasa berdoa pada Allah
7. bermujahadah dalam meningkatkan ilmu dan penuhkan ia dengan urusan2 yang tinggi
Mari kita sama2 renungkan kata2 seorang mujahid Dakwah:
"Sesiapa yang memulakan dakwah dengan serius dan azam yang kuat, nescaya dia akan kekal atas Jalan ini. Bagi mereka yang memulakannya dengan sambil lewa, maka ia akan terus menjadi sifatnya. Bahkan mungkin dia tidak akan berjaya walaupun cuba mengubahnya"

No comments: