Monday, December 1, 2008

PERHENTIAN SATU: CHECKLIST

dah 3 bulan berada di perantauan.... sedikit sebanyak perasaan rindu di dada terhadap sanak saudara di tanah air mengacau2 hati ini... alhamdulillah Islam meraikan perasaan ini seperti mana terakam dalam haruman seerah Nabi s.a.w.
Sahabat yang agung, generasi pertama Tarbiyah, Bilal yang mengorbankan segenap apa yang ada pada dirinya demi akidah dan agamanya,adalah juga Bilal yang merakamkan rasa kerinduannya terhadap Makkah dalam serangkai syair yang meresapkan rasa kehalusan dan kemanisan:
Alangkah indahnya malam ini
jika aku dapat bermalam di pinggir anak sungai,
di kelilingku Azakhir dan Jalil
dapatkah aku mengunjungi pesisiran Majnah
dapatkah aku melihat Sham dan Tufail.....
Dan RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam mendengar Usail menggambarkan keindahan Makkah lantas air matanya mengalir rindukan kota Makkah, beliau pun bersabda: "Wahai Usail, biarkanlah hati-hati ini tenteram. "

Namun, ini hanya sebahagian daripada tulisan ini. Hajat sebenar adalah untuk mengingatkan diri dan sahabat di perantauan tentang perkara yang sebahagian kita merasa remeh tatkala sibuk menguruskan hal-hal yang hebat dan Maha Agung demi umat ini....sebuah ekspresi buat renungan bersama...
Allah s.w.t berfirman:
"beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah mempersekutukannya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah pada kedua ibu bapamu" (An-Nisa:36)
Imam Ibnu Khathir r.h.m menafsir ayat tadi: " Allah s.w.t setelah menyuruh mengesakannya, memberi wasiat untuk berbuat baik kepada orang tua. Kerana Allah menjadikan mereka berdua sebagai sebab keluarnya engkau dari TIADA kepada ADA.

Cuba kita lihat semula pada segala tingkah laku kita pada keduanya, sejauhmanakah kita benar2 memahami sabda baginda ini....
"Redha Allah terletak pada redha orang tua. Dan kemarahan Allah terletak pada kemarahan keduanya"
(Riwayat Tirmizi)
"Abdullah bin Amru bin Al-As berkata: Datang seseorang kepada nabi s.a.w kemudian meminta izin untuk berjihad. Maka baginda bersabda: Apakah kedua orang tuamu masih ada? Orang itu berkata: Ya! Baginda bersabda: Maka kepada keduanya, berjihadlah engkau
(Riwayat Bukhari)
Dari Abdullah bin Amru bin Al-As berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi s.a.w lau berkata: Aku datang untuk berbaiat kepadamu untuk berhijrah dan aku tinggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis. Mendengar hal itu, baginda bersabda: Kembalilah pada keduanya. Maka buatlah keduanya tertawa sebagimana engkau telah membuat mereka menangis"
(Riwayat Abu Dawud)
Rasulullah s.a.w yang telah kematian ayah sewaktu dalam kandungan bahkan kehilangan ibunda yang tercinta dalam usia 4 tahun telah menunjukkan kita satu qudwah walaupun tidak sempat merasai kasih sayang mereka,
Ketika menuju Hudaibiyah, Rasulullah s.a.w. melewati daerah Abwa' yang dikuburkan ibunya. Saat itu baginda ditemani oelh para sahabat dan pasukan berjumlah 1000 orang penunggang kuda berbaju besi. Maka baginda sempat menziarahi kubur ibunya dan menangis sehingga para sahabat di sekitar baginda turut menangis. Baginda bersabda: " Aku meminta izin kepada Rabbku agar dibolehkan memohon ampun untuk ibuku, tapi Dia tidak mengizinkan. Dan aku meminta izin untuk menziarahinya dan diizinkan. Maka ziarahilah kubur, kerana itu akan mengingatkan kamu pada akhirat".
(Riwayat Muslim)
Subhanallah, begitu sekali rasa kasih dan sayang baginda s.a.w pada ibunya
MARILAH SAMA2 KITA MENILAI KEMBALI
SEJAUHMANA HAK IBU BAPA YANG TELAH KITA TUNAIKAN

No comments: