Saturday, May 23, 2009

Life is Not A Box

Salam semua penunggu blog ni... maaf lama x update
tengah free2 tunggu next paper ni....nak kongsi beberapa pandangan

Alhamdulillah, pelbagai peristiwa sepanjang tahun ini telah diperhatikan dari kaca mata diri ini.
sama ada dari sudut sejagat, internal dan lingkungan di sini yg membakar jiwa ini. Terasa nak komen, tapi bila berlaku satu peristiwa, sekali 10> posting dr bloggers yg kluar...hehe. Dah lebih suka jd pembaca dari penulis...

Mungkin sekadar satu kesimpulan dari apa yang berlaku:

1) Antarabangsa
(dari serangan Israel ke atas Gaza, pertukaran Presiden USA, krisis kemanusiaan yang berlarutan di Afghanistan, Iraq dll, penularan wabak H1N1, pemencilan isu Chechnya, Kelembaban Ekonomi dunia)

~just berkongsi firman Allah s.w.t dlm surah Baqarah 214:
"Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu seperti yg dialami orang terdahulu sblm kamu, mereka ditimpa dgn kemelaratan, penderitaan dan digoncang, sehingga rasul dan orang beriman bersamanya berkata: Bilakah datang pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
*sebahagian ulama mentafsirkan pertolongan hanya akan tiba bila umat Islam diasak sebegitu dahsyat sehingga keluar kata2 sebegitu

2) Internal Matters
(krisis Perlembagaan di Perak, kontroversi pendirian Kabinet berhubung status agama anak Muallaf, keberanian terbuka bukan Islam menyuarakan pendapat, isu PPSMI)

~menjadi keperluan yang sangat mendesak kepada para pendukung perjuangan Islam untuk mereka menterjemah kefahaman Islam mereka kepada masyarakat umum dengan bahasa yang mudah dang difahami bukan dengan bahasa "~syok sendiri~ & ~basah~"
~memahami situasi masyarakat Malaysia yg majmuk
~sudah sampai bertukar zaman berfokus mendidik individu tertentu kepada zaman mendidik masyarakat & institusi negara
~sudah hampir masa untuk menonjolkan individu2 tokoh daripada pendukung Islam yang mampu mengumpulkan massa menjadi simpatisan mereka dan mendokong serta sanggup bermati-matian mempertahankan apa yang diperjuangkan

3) Lingkungan
(first year in Egypt, pre-Azhar, stam candidates, SPM dillemma: WHERE TO GO, my old school)

~ perlu tanamkan daripada sekarang untuk melihat projek untuk diri sendiri bukan takat untuk sebulan atau sampai berkerjaya sahaja, tetapi lebih ke hadapan menjangkau 10-20 tahun mendatang dengan mengambil kira kehendak dan keperluan masyarakat dan negara

~proses pembentukan diri kita tidak akan selesai kerana kita berdepan 2 persoalan penting dlm hidup ini, Pertama: usaha & tanggujawab kita terhadap tuntutan memakmurkan bumi ini dengan syariat Islam Kedua: apa yang kita masing2 bakal bawa bertemu ALLAH di Hari Kiamat nanti

~proses ini memerlukan sifat rendah diri sesama muslim, tiada perasaan Aku Lebih Tahu, sifat cintakan ilmu & pengalaman kerana Ilmu Allah itu sangat luas hatta dalam ilmu pentarbiyahan sekalipun tidak mampu kita meraihnya kecuali dengan izin-Nya walaupun kita berada dalam arus agamawan

Penutup...

" Kenderaan ini sudah pasti akan tiba ke destinasinya, tapi adakah kita antara orang yang turut sama dengannya?"
fikir2kan lagu yg menarik ni....







~sambung peksa....jumpa lagi!!

3 comments:

Ahmad ibnu Khairuddin said...

setelah 'berkurun' lamanya menanti,akhirnya post juga ustaz edin ni..

Shukran 'ala tazkirah yg membina.
Insya Allah membina generasi harapan..

salam dr nusantara, Malaysia.

tir'ah boy said...

mabrook ust idin

muhammad_alfateh said...

Orang tua hidup kembali? Orang tua ini mmg sentiasa hidup. I believe! Allahumma sahhil lahul 'asir. Bittaufeeq. :)